Pokok Keladi Calathea Zebrina

Pokok Calathea Zebrina

Pokok Calathea Zebrina adalah sejenis keladi yang juga dikenali sebagai Zebra Plant., Ia adalah tumbuhan hiasan tropika daripada keluarga Marantaceae. Ia dikenali dengan daunnya yang lebar, hijau terang dengan jalur berwarna hijau gelap menyerupai corak belang zebra, manakala bahagian bawah daunnya berwarna ungu keunguan.

Tumbuhan ini berasal dari hutan hujan Brazil dan biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan dalaman kerana corak daunnya yang eksotik. Ia memerlukan cahaya tidak langsung, tanah yang lembap tetapi bersaliran baik, serta persekitaran yang lembap untuk kekal segar.

Selain menjadi penyeri ruang, Calathea zebrina sering dikaitkan dengan “prayer plant” kerana daunnya yang bergerak mengikut waktu siang dan malam, menambah daya tarikannya sebagai tanaman hiasan unik.

Jika anda berminat boleh dapatkan di sini: Pokok Calathea Zebrina

Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *