Pokok Adenium (Adenium obesum), yang juga dikenali sebagai Kemboja Cina / Kemboja Jepun atau Desert Rose, ialah tumbuhan hiasan daripada keluarga Apocynaceae yang terkenal dengan batangnya yang membengkak di pangkal serta bunganya yang berwarna cerah dan menarik. Bunganya hadir dalam pelbagai warna seperti merah, merah jambu, putih, ungu, dan campuran, menjadikannya popular sebagai tanaman hiasan di laman rumah dan taman.
Adenium berasal dari kawasan kering Afrika dan Timur Tengah, sebab itu ia tahan lasak terhadap cuaca panas serta mampu hidup dengan sedikit air. Ia sesuai ditanam di tanah berpasir atau medium yang mempunyai saliran baik, serta memerlukan cahaya matahari penuh untuk menggalakkan pembungaan.
Selain sebagai tanaman hiasan, bentuk batang Adenium yang unik sering dijadikan tarikan dalam seni bonsai. Namun begitu, getah tumbuhan ini bersifat beracun dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati.
Jika anda berminat dengan pokok ini boleh dapatkan di sini: https://tr.ee/GXY3ko

Tinggalkan Balasan